Malaysia tidak berpuas hati dengan laporan dan data-data yang diterima berkaitan perkembangan situasi di Myanmar.
Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata maklumat seperti jumlah pertempuran, mangsa korban, tahanan atau pelarian, tidak disampaikan dengan tepat dan terkini kepada beliau atau Menteri-Menteri Luar ASEAN lain.